Kim Myung Min akan berfokus pada skrin besar pada semester pertama tahun ini


Kim Myung Min telah memutuskan untuk berkonsentrasi pada skrin besar pada semester pertama tahun ini.

Asalnya, sudah terdengar bahawa beliau akan membintangi Giant, sebuah drama baru SBS, yang penyiarannya dijadualkan bermula pada bulan Mei. Akan tetapi, Kim Myung Min baru saja menolak tawaran sebagai watak utama dalam Giant, dan sebaliknya membintangi sebuah filem ngeri, The Destroyed Man. Kedua-dua projek mempunyai jadual syuting serta tarikh tayangan perdana yang hampir serupa, dan Kim telah memilih filem selepas membuat pertimbangan secara teliti.

Giant telah dianggap sebagai salah satu drama televisyen yang terpenting pada tahun 2010. Giant merupakan sebuah drama era, yang berkaitan dengan sejarah perkembangan serta pembangunan Seoul. Memandangkan ini adalah projek skala besar, pasukan produksi ingin mendapatkan seorang pelakon yang memiliki keterkenalan serta kemampuan yang cukup tinggi. Kim Myung Min ada dalam firkiran pasukan Giant sejak tahap awal konsepsi drama lagi.

Filem yang dipilih oleh Kim, The Destroyed Man, berkisah tentang seorang paderi, yang hidup secara sekular selepas anak perempuannya diculik. Kim akan memainkan watak Soo Young Joo, yang mengejar penculik mati-matian 8 tahun selepas penculikan itu. Perfileman telah bermula baru-baru ini, dan ia diharap akan ditayangkan pada bulan Jun.

Diketahui bahawa pasukan produksi Giant telah memilih pelakon lain, yang juga terkenal dan mempunyai keupayaan lakonan yang sama tahap dengan Kim Myung Min, perundingan sedang dijalankan buat masa ini.

17 February 2010, MyungMin International

Ditulis and diterjemahkan oleh: eylcecil
Penterjemahan (Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu): LunaL

Source: DongA

 

User login

"Kancheop" Casting News

The cast for Kim Myung Min's new spy movie's almost complete.

Read more...
MMEntertainment's New Homepage

Kim Myung Min's Agency opened its new website today!

Read more...
Pacemaker on your DVD-Player

DVD to be released soon

Read more...
Kim Myung Min's New Movie is called "Kancheop"[간첩]

Will we see a 00-Kim?

Read more...
Yeongasi Wrapped Up Fillming

Filming for Yeongasi is completed!

Read more...
Running like a Sick Horse

Kim Myung Min's thoughts about the Pacemaker

Read more...
Watch the Music Video for Pacemaker's Theme Song!

A song full of energy for Jo Man-ho!

Read more...
A Message from Kim Myung Min

KMM's reply to our birthday gifts!

Read more...